Medical Examination Standards Application System (MESAS)

MESAS merupakan sebuah platform digital yang dibangunkan khas bagi memudahkan proses pemeriksaan kesihatan untuk pemohon Lesen Memandu Vokasional, termasuk PSV dan GDL. Platform ini merupakan inisiatif yang menyokong usaha Kerajaan ke arah transformasi digital yang lebih menyeluruh, bersepadu dan cekap.

Melalui MESAS, pemohon atau pemandu, klinik panel, PERKESO dan JPJ dapat dihubungkan dalam satu ekosistem digital bagi memudahkan pengurusan maklumat pemeriksaan, mempercepat proses pengesahan serta menyokong kelancaran urusan pelesenan secara lebih telus, teratur dan sistematik.

Kenapa MESAS

Dibina untuk memudahkan proses pemeriksaan kesihatan

Platform digital bersepadu yang memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan bagi pemohon Lesen Memandu Vokasional.

01

Platform Bersepadu

Mengurus keseluruhan proses pemeriksaan kesihatan dalam satu sistem yang mudah, teratur dan selamat.

02

Integrasi Agensi

Memudahkan perkongsian dan pengesahan data bersama PERKESO dan JPJ secara lebih lancar.

03

Teratur dan Patuh

Membantu memastikan proses pemeriksaan dilaksanakan mengikut keperluan dan piawaian yang ditetapkan.

04

Proses Dalam Talian

Daripada tempahan hingga pengesahan, urusan boleh dilaksanakan secara digital dengan lebih mudah dan cekap.

05

Mudah Diakses

Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui web serta peranti mudah alih.

Doctor consulting a patient in a clinic
Klinik Panel

Klinik panel berdaftar di seluruh negara

MESAS menghubungkan pemohon atau pemandu dengan klinik panel berdaftar di seluruh negara bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan secara digital. Melalui sistem ini, klinik panel boleh menjalankan pemeriksaan, merekod keputusan dan mengesahkan maklumat kesihatan pemohon dengan lebih mudah, teratur dan selamat.

Fungsi Utama:

  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan
  • Merekod laporan kesihatan secara digital
  • Mengeluarkan sijil kesihatan elektronik (e-Cert)
  • Mengurus dan mengesahkan temujanji

Hanya klinik panel yang diluluskan akan disenaraikan dalam sistem MESAS bagi memastikan proses pemeriksaan dilaksanakan secara telus, konsisten dan patuh kepada piawaian yang ditetapkan.

Daftar Akaun Klinik Log masuk sebagai Klinik
Majikan

Urus Pendaftaran Pemandu Dengan Lebih Mudah

Modul Majikan MESAS menyediakan platform berpusat kepada majikan untuk mengurus dan memantau pemeriksaan perubatan pekerja mereka.

Melalui modul ini, majikan boleh:

  • Mendaftarkan dan mengurus pekerja di bawah syarikat.
  • Memantau janji temu dan status pemeriksaan perubatan pekerja.
  • Membuat bayaran pemeriksaan perubatan bagi pihak pekerja.
  • Menjejaki pekerja yang telah selesai atau masih belum menjalani pemeriksaan perubatan.
  • Mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keperluan pemeriksaan perubatan pekerja.

Modul ini membantu majikan memudahkan keseluruhan proses pemeriksaan perubatan serta memastikan pekerja melengkapkan pemeriksaan perubatan yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Daftar Akaun Majikan Log Masuk Majikan
Soalan Lazim
Apakah itu Program Pemandu Sihat dan Selamat?

Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2026 yang menyediakan subsidi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan pembaharuan lesen kepada pemandu kenderaan perdagangan yang layak dari kategori PSV E(Bas), GDL E(Kejur), dan GDL E(Bersendi).

Program ini menyediakan pemeriksaan kesihatan bersubsidi bagi tujuan pembaharuan lesen vokasional secara sistematik melalui pendigitalan Borang JPJL8A. Pemeriksaan ini penting dalam memastikan pemandu berada dalam keadaan sihat serta mengenal pasti masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan seperti gangguan tidur (obstructive sleep apnea), masalah penglihatan dan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Tujuan utama program ini adalah bagi menggalakkan pemandu menjalani pemeriksaan kesihatan dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan pemandu dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Siapakah yang layak menyertai program ini?

Pemandu yang mencarum PERKESO layak untuk menjalani pemeriksaan ini sekiranya memenuhi syarat berikut.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur antara 40 hingga 59 tahun;
  3. Pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan Lindung Pekerja atau Lindung Kendiri; dan
  4. Pemegang lesen vokasional PSV E(Bas), GDL E(Kejur), dan GDL E(Bersendi) yang perlu memperbaharui lesen.
Lihat Soalan Lazim Penuh
Panduan Pengguna

Panduan ini disediakan bagi membantu pemandu dan klinik panel menggunakan MESAS dengan lebih mudah, teratur dan berkesan.

Panduan Pemandu

Ketahui langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pengguna, membuat temujanji klinik, mengisi borang digital JPJL8A dan membuat bayaran online melalui MESAS.

Panduan untuk Pemandu

Panduan Klinik

Ketahui cara mengurus temujanji, merekod keputusan pemeriksaan di dalam borang digital JPJL8A dan mengeluarkan e-Cert melalui sistem MESAS.

Panduan untuk Klinik